Peralatan Kiva Kamen Rider Kiva (watak)

Bloody Rose

Sebuah biola istimewa, Bloody Rose (ブラッディ・ローズ, Buraddi Rōzu) dibuat oleh Otoya. Ia dianggap sebagai biola terhebat Otoya kerana, kononnya Otoya "menjual dirinya" kepada "syaitan" untuk mencipta biola ini. Biola ini seolah-olah menjadi penggera kepada Kiva dan Kivat apabila mana-mana Fangire bertindak ganas atau mengamuk. Bunyi biola ini hanya didengar oleh Kiva dan Kivat. Bagi Wataru, bunyi biola ini bagaikan dia mendapat arahan bapanya untuk bertarung. Mereka juga boleh menggunakan biola ini untuk mengenal pasti kedudukan Fangire yang mengganas serta mengganggu aktiviti mereka.

Machine Kiva

Machine Kiva (マシンキバー, Mashin Kibā) merujuk kepada motosikal yang digunaka oleh Kiva. Kononnya, motosikal ini direka olehMotobat ke-16 (モトバット16世, Motobatto Jūrokusei), pakar permotoran dari puak Kivat. Motosikal ini seolah-olah mempunyai otak raksasa kuda sehingga mampu memecut sehingga 520km sejam, bersamaa antara 0 ke 400m pada setiap 3.2 saat. Apabila ia bergerak pada kadar paling laju, satu bayangan yang dipanggil Shadow Veil (シャドーベール, Shadō Bēru) bagi mengelakkan sebarang silau.

Machine Kiva mempunyai berat sebanyak 220kg. Panjangnya adalah 2510mm dan lebarnya adalah 940mm. Manakala tingginya pula adalah 1090mm. Motosikal ini berkuasa 367.5kpw atau 8500rpm. Apabila Kivat memanggil Buroon, ia akan bercantum dengan Machine Kiva. Hasilnya, spesifikasi Machine Kiva bertambah dengan Buroon Booster.

Kombinasi Tempetan Super Buroon Booster (超融合合体ブロンブースター, Chōyūgō Gattai Buron Būsutā) adalah proses yang berlaku apabila Machine Kiva bergabung dengan Buroon. Ia meningkatkan spesifiaksi motosikal ini dari kelebaran asalnya kepada 1225mm, dan dari panjang asalnya kepada 4360mm. Beratnya pula bertambah kepada 760kg. Malah, ia mampu memecut sehingga 1550km sejam bersamaan antara 0 ke 400m dalam amsa 1.2 saat. Antara ciri istimewa penggabungan ini ialah, apabila ia berada dalam keadaan laju maksimum, ia akan menghasilkan sesuatu yang dipanggil Air Break Field (エアブレイクフィールド, Ea Bureiku Fīrudo) bersama dengan Shadow Veil. Malah, tekanan udaranya juga dapat dikurangkan sehingga hampir ke sifar.

Hell's Gates

Hell's Gate (ヘルズゲート, Heruzu Gēto) merujuk kepada but besi yang berantai yang datang bersama suit perang Kiva. But ini terletak pada kaki kanan Kiva. Ia dihasilkan dari besi metal Lucifer (ルシファーメタル, Rushifā Metaru). Apabila Kiva memberikan Wake Up Fuestle kepada Kivat, Kivat akan membuka rantai yang terdapat pada but ini. Ia bagi memberi peluang kepada Kiva untuk melaksanakan tendangan pemusnahnya yang diberi nama Darkness Moon Break (ダークネスムーンブレイク, Dākunesu Mūn Bureiku). Melalui tendangan ini, Kiva menghasilkan imej kepak kelawar di atas permukaan yang terlibat kerana tendangan ini memberi impak hentaman beban seberat 30000kg. Kekuatan serangan ini boleh ditambah sekiranya Kiva ditolak oleh api dari Castle Doran

Garulu Saber

Garulu Saber merujuk kepada Pedang Raksasa Demon Garulu Saber (魔獣剣ガルルセイバー, Majūken Garuru Seibā) milik Kiva. Apabila Kivat meniup Garulu Fuestle, Kiva dapat menggunakan kekuatan Arm Monster Garulu. Setelah Kiva dapat mencapai pedang ini, suit perang Kiva berubah warna pada tangan, badan, dan visor mata Kiva dan Kivat - dari warna merah kepada warna biru. Pedang ini kelihatan seperti sebilah keris kerana ia berlekuk. Apabila Kiva menggunakan pedang ini, Kiva boleh menghasilkan skil-skil pedang berikut:

  1. Howling Shock (ハウリングショック, Hauringu Shokku) - Gelombang api berwarna biru yang keluar dari hulunya.
  2. Garulu Howling Slash (ガルル・ハウリングスラッシュ, Garuru Hauringu Surasshu) - Tetakkan pemusnah Kiva dengan menggunakan pedang ini. Ia diaktifkan selepas Kivat meggigit bilah pedang ini. Selepas itu, Kiva melompat dan menetak mangsanya dengan pedang ini.

Bassha Magnum

Bassha Magnum merujuk kepada Senapang Laut Demon Basshaa Magnum (魔海銃バッシャーマグナム, Makaijū Basshā Magunamu) milik Kiva. Kiva menggunakan senapang ini selepas Kivat meniup Bassha Fuestle. Maka, Kiva dapat menggunakan kekuatan Arm Monster Bassha. Selepas Kiva mencapai senapang ini, suit perang Kiva bertukar dari merah kepada hijau. Perubahan suit ini melibatkan bahagian visor mata, badan, dan tangan Kiva. Apabila digunakan, picu senapang ini berputar-putar untuk menghasilkan peluru. Peluru ini dihasilkan dari air yang telah dimampatkan. Skil yang dapat Kiva laksanakan dengan senapang ini adalah:

  1. Basshaa Aqua Tornado (バッシャー・アクアトルネード, Basshā Akua Torunēdo) - Kiva melepaskan bebola air mampatan yang disasarkan kepada mangsanya. Akibatnya, tekanan udara pada badan mangsa berubah hingga menyebabkan badannya mudah berkecai walaupun ditiup angin.

Dogga Hammer

Dogga Hammer merujuk kepada Tukul Besi Demon Dogga Hammer (魔鉄槌ドッガハンマー, Matettsui Dogga Hanmā) milik Kiva. Kiva menggunakan tukul ini selepas Kivat meniup Dogga Fuestle. Ia membolehkan Kiva menggunakan kekuatan Arm Monster Dogga. Apabila Kiva mencapai tukul ini, berlaku perubahan pada suitnya dari warna merah kepada ungu. Ia melibatkan perubahan pada bahagian visor mata Kiva, badan, dan tangannya. Dengan menggunakan tukul ini, Kiva dapat menggunakan skil berikut:

  1. True Eye (トゥルーアイ, Turū Ai) - Terletak pada di sebalik bahagian kepala tukul. Bahagian hadapan kepala tukul ini akan terbuka seolah-olah seperti tangan. Skil ini digunakan untuk mengesan atau mensasarkan kedudukan mangsa. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghasilkan petir untuk menukarkan kulit mangsa kepada kaca.
  2. Dogga Thunder Slap (ドッガ・サンダースラップ, Dogga Sandā Surappu) - Serangan pemusnah Kiva dengan tukul ini. Kiva akan menghentak mangsa dari jarak jauh dengan tukul ini sehingga kulit kaca mangsa hancur berkecai.
  3. Phantom Hand (ファントムハンド, Fantomu Hando) - Imej kepala tukul yang terhasil semasa Kiva melancarkan Dogga Thunder Slap. Ia mengikut hayunan atau hentakan tukul Kiva ketika Kiva berada pada jarak jauh. Serangan ini yang menyebabkan kulit kaca mangsa hancur berkecai.
Kamen Rider:KIVAIXASAGAREYArc
Lain-lain:WatakFangire
Media:Senarai episodTETRA-FANGClimax DekaKing of the Castle in the Demon WorldYou Can Also be Kiva